• BM
    • EN
  • Cari

  • Cari

  • BM
    • EN
  • Mengenai PIDM
    • Mandat
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Eksekutif
    • Struktur Organisasi
    • Tadbir Urus Korporat
      • Pegawai Tadbir Urus
      • Manual Tadbir Urus
      • Rangka Kerja Tadbir Urus
      • Laporan Tadbir Urus
      • Struktur Organisasi
    • Whistleblowing
  • Bagaimana ANDA Dilindungi
    • Bagaimana PIDM Melindungi Anda
    • Sistem Insurans Deposit
      • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
      • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Akaun Amanah
      • Bank-Bank Ahli
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
      • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Ahli Penginsurans
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Resolution
      • PIDM’s Role in the Financial Safety Net System
      • PIDM's Resolution Approach
      • Planning to Ensure an Effective Resolution by PIDM
      • Strategic Importance and Benefits of Resolution Planning
      • Resolution Planning Exposure Draft
  • Laman Informasi
    • Acara
    • Rencana
      • SPK
      • Lain-Lain Artikel
    • Penerbitan Korporat
      • Rancangan Korporat
      • Laporan Tahunan
      • Laporan Tahunan 2021
    • Laporan dan Pandangan
      • Savings Report
      • Insurance Report
  • Rujukan Umum
    • Nasihat Pengguna Kewangan
      • Penyalahgunaan Logo PIDM
      • Lain-lain
    • Kempen Awam
      • Iklan (Bercetak, TV & Radio)
      • Video Pendidikan
      • Sedia Payung Kewangan
      • Financial Education Network
  • Untuk Institusi Ahli
    • Bahan Maklumat
      • Bahan Maklumat Insurans Deposit
      • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
    • Perundangan
      • Akta
      • Peraturan-Peratuan
      • Perintah-Perintah
      • Kaedah-Kaedah
      • Garis Panduan
      • Arahan-Arahan
      • Nota-Nota
    • Kertas Perundingan
    • Portal Industri
      • Sumber
      • Log Masuk
  • Lagi
    • Kerjaya
    • Program Biasiswa Sarjana Muda
      • Soalan Lazim Program Biasiswa Sarjana Muda
    • Siaran Media
    • Hubungi Kami
  1. Home
  2. Bagaimana ANDA Dilindungi
  3. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  4. Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

SOALAN LAZIM SISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS

J: Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ialah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi anda terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans dan ahli penginsurans tidak dapat memenuhi tuntutan manfaat takaful atau insurans. Kegagalan di sini bermaksud bank ahli tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ditadbir oleh PIDM.

J: Semua pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 bagi menjalankan perniagaan takaful keluarga atau am di Malaysia, serta syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewagan 2013 bagi menjalankan perniagaan insurans hayat atau am di Malaysia ialah ahli penginsurans PIDM. Keahlian adalah wajib mengikut peruntukan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.

Pengendali takaful dan syarikat insurans yang merupakan institusi ahli PIDM dikenali sebagai ‘ahli penginsurans’. Sila perhatikan tanda keahlian ini di semua pintu masuk pejabat pengendali takaful atau syarikat insurans anda.

Dekal PIDM
PIDM-Decal.jpg

J: Institusi-institusi berikut bukan ahli penginsurans PIDM:
  • Syarikat insurans semula dan syarikat takaful semula
  • Pengendali takaful antarabangsa berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Penanggung insurans kaptif dan penanggung insurans pakar
  • Danajamin Nasional Berhad
  • Syarikat insurans luar pesisir
  • Peserta industri insurans yang lain, seperti broker insurans, pelaras insurans dan ejen insurans atau penasihat kewangan

J: Tidak, anda tidak perlu memohon atau mendaftar bagi perlindungan ini. Anda dilindungi secara automatik bagi manfaat takaful dan insurans yang layak.

J: Ya, semua pemilik sijil takaful dan polisi insurans layak dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans sekiranya sijil takaful atau polisi insurans mereka dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dan dalam nilai Ringgit Malaysia.

J:  Untuk layak mendapat perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dan dalam nilai Ringgit Malaysia. Manfaat takaful dan insurans yang dilindungi di bawah sijil takaful atau polisi insurans yang layak dan had-had berkaitan digariskan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Manfaat Dilindungi Dan Had Perlindungan
 
Manfaat Dilindungi  Had Perlindungan (Polisi/Pelan Individu atau Kumpulan)**
Kematian dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematian RM500,000
Ketidakupayaan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada ketidakupayaan RM500,000
Penyakit dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada penyakit RM500,000
Kematangan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematangan* RM500,000
Serahan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada serahan* RM500,000
Pendapatan* RM500,000
Penjagaan kesihatan 100% amaun kena dibayar
Kerugian kewangan RM500,000
Nilai sijil takaful keluarga atau nilai polisi hayat itu RM500,000 bagi satu atau lebih sijil takaful keluarga atau polisi hayat
Sumbangan atau premium prabayar boleh dibayar balik
  • Bagi sijil takaful atau polisi insurans perubatan dan kesihatan
  • Bagi sijil takaful atau polisi insurans yang dikehendaki di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pampasan Pekerja 1952
  • Bagi sijil takaful atau polisi insurans lain
 
  • 100% amaun prabayar
  • 100% amaun prabayar



  •  
  • RM500,000 bagi setiap sijil takaful atau polisi insurans
Kehilangan atau kerosakan pada harta dan kerugian berbangkit RM500,000 bagi setiap harta
Kehilangan atau kerosakan pada harta mana-mana pihak ketiga dan kerugian berbangkit RM500,000 bagi setiap harta
Kematian mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematian RM500,000
Ketidakupayaan mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada ketidakupayaan RM500,000
Penyakit mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada penyakit RM500,000
Kecederaan mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kecederaan RM500,000
Penjagaan kesihatan pihak ketiga 100% amaun kena dibayar
Kerugian kewangan mana-mana pihak ketiga RM500,000
 

* Manfaat kematangan, serahan dan pendapatan dibayar daripada bahagian unit siji takaful atau polisi insurans berkaitan pelaburan tidak dilindungi di bawah Sistem Perlindungn Manfaat Takaful dan Insurans.

**Sebarang tuntutan oleh pemilik sijil atau polisi adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had perlindungan yang ditetapkan dalam kontrak takaful atau polisi mereka.

J: Contoh manfaat takaful atau insurans yang tidak dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans termasuklah manfaat di bawah sijil takaful dan polisi insurans dalam nilai mata wang asing, serta manfaat kematangan, serahan dan pendapatan dibayar daripada bahagian unit sijil atau polisi berkaitan pelaburan . Bagaimanapun, manfaat nasib malang (seperti manfaat kematian) dibayar daripada bahagian unit sijil atau polisi berkaitan pelaburan dilindungi di bawah sistem tersebut.

J: Ya. Manfaat dilindungi di bawah sijil atau polisi individu anda dan sijil atau polisi kumpulan akan dijumlahkan secara berasingan dalam menentukan had perlindungan maksimum. Ini membolehkan anda menikmati lebih perlindungan.

J: Tidak. Manfaat takaful dan insurans anda dengan ahli penginsurans berbeza dilindungi secara berasingan. Manfaat yang dilindungi di bawah sistem ini hanya akan dijumlahkan sekiranya manfaat tersebut berkaitan dengan “ahli penginsurans yang sama, risiko kejadian yang sama, hayat diinsuranskan atau harta diinsuranskan yang sama, dan pemilik sijil takaful atau polisi yang sama”.

J: Setiap hayat diinsuranskan dilindungi secara berasingan. Ini bermakna sekiranya anda membeli beberapa sijil takaful atau polisi insurans bagi ahli keluarga berlainan daripada ahli penginsurans yang sama, anda akan dilindungi berdasarkan setiap ahli keluarga yang diinsuranskan. Anda boleh merujuk kepada contoh ini:

Encik Tan dan isteri membeli beberapa polisi insurans hayat bagi ahli keluarga mereka daripada ahli penginsurans yang sama.

Pemilik Polisi: Encik Tan

Pemilik Polisi: Puan Tan

Hayat diinsuranskan

Amaun diinsuranskan (RM)

Hayat diinsuranskan

Amaun diinsuranskan (RM)

Polisi 1:Anak lelaki (Adam) 200,000 Polisi 4: Anak lelaki (Adam) 100,000
Polisi 2:Anak perempuan (Alice) 150,000 Polisi 5:Anak lelaki (Adam) 50,000
Polisi 3: Encik Tan 600,000 Polisi 6: Puan Tan 400,000

Kematian Adam

Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Encik Tan

RM200,000 (Polisi 1)

Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Puan Tan (RM100,000 + RM50,000)

RM150,000 (Polisi 4 and 5)

Jumlah amaun boleh dituntut di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

RM350,000

Kematian Encik Tan

Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Encik Tan

RM500,000* (Polisi 3)

 

*had maksimum di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

J: Tidak. Perlindungan bagi manfaat takaful dan insurans anda di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans bukan seperti polisi insurans atau takaful komersil yang boleh dibeli. Perlindungan ini disediakan oleh Kerajaan menerusi PIDM. Anda tidak perlu mendaftar atau memohon bagi perlindungan ini kerana perlindungan ini disediakan secara automatik bagi manfaat takaful atau insurans yang layak.

J: Anda akan terus menikmati perlindungan manfaat takaful atau insurans secara berasingan sehingga semua kewajipan ahli penginsurans dipenuhi, termasuk pembayaran apabila berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans tersebut.

J: Sekiranya sesebuah ahli penginsurans mengalami kegagalan dan tidak dapat memenuhi manfaat takaful atau insurans di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, PIDM akan membuat pembayaran manfaat dilindungi kepada pemilik sijil atau polisi.

PIDM juga boleh mengatur untuk memindahkan sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsurans yang gagal kepada ahli penginsurans lain untuk menjamin kesinambungan perlindungan bagi pemilik sijil takaful atau polisi insurans.

J: Sekiranya PIDM dikehendaki melaksanakan resolusi terhadap ahli penginsurans yang bermasalah, kami akan membuat pengumuman mengenai cara, tempat dan masa pembayaran akan dibuat bagi manfaat takaful atau insurans yang dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada PIDM apabila berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans di dalam jangka masa tertentu. Anda akan diberitahu mengenai tempoh masa ini secara bertulis dan menerusi iklan dalam surat khabar.

J: Sila hubungi talian maklumat bebas tol PIDM 1-800-88-1266, Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau emel kepada info@pidm.gov.my
  • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
  • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Ahli Penginsurans
  • Bahan Maklumat Awam
    • Buku Panduan
    • Risalah
    • Video
  • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Soalan Lazim Mengenai PIDM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Level 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Untuk surat menyurat:
P.O.Box. 13071
50798 Kuala Lumpur

Tel: +603-2173 7436 / 2265 6565
Fax: +603-2173 7527 / 2260 7432
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
Emel: info@pidm.gov.my

 

Navigasi

  • Mengenai PIDM
  • Sistem Perlindungan
  • Penerbitan
  • Kesedaran Awam
  • Sumber MI

Maklumat Lanjut

  • Bank-Bank Ahli
  • Ahli Penginsurans
  • Kerjaya
  • Siaran Media
  • Hubungi Kami
  • Portal Industri

Lain-lain

  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Amaran Penipuan

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2023. All rights reserved.
×

Accessibility Settings

If you are having any difficulties to view our website please use the below settings for better accessibility