Program Biasiswa Sarjana Muda

REALISASIKAN IMPIAN ANDA

Sila lengkapkan permohonan dalam talian anda bersama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 26 April 2024

Permohonan untuk Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM kini dibuka.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
 

How do I obtain the application form?

LOGIN
SOALAN LAZIM


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Verrene Chia di talian 03-2303 0467 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2303 0687.

scholarship

FALSAFAH

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi

undergraduate_scholarship.jpg

PIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

 

APAKAH YANG DITAWARKAN DI BAWAH BIASISWA INI?

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.
  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).


Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

 

APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN?

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2024);
  2. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;
  3. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;
  4. Anda seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;
  5. Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;
  6. Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;
  7. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;
  8. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.
Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.
 
 

PRASYARAT

Senarai prasyarat merangkumi:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  2. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  3. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.
   

APAKAH BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK?

Keutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalan, kecerdasan buatan, reka bentuk teknologi, pengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.
 
Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan & kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.
 

SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Sains Malaysia (USM)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  17. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  19. Universiti Utara Malaysia (UUM)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  1. Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  2. INTI International University
  3. Management and Science University (MSU)
  4. Multimedia University (MMU)
  5. Sunway University
  6. Taylor’s university
  7. UCSI University
  8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  9. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  10. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  11. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)