Encik Razali Othman

Encik Razali Othman

Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
April 2025
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Diploma Perakaunan, Institut Teknologi MARA
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Encik Razali merupakan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun dalam pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Bahagian Pengurusan Aset Awam, Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari, serta Bahagian Ekonomi.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Melaka.