Tan Sri Dr. Rahamat Bivi Yusoff

Tan Sri Dr. Rahamat Bivi Yusoff

Pengerusi
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Ogos 2017
Kelayakan:
  • Ijazah Doktor Falsafah, Australian National University, Australia
  • Ijazah Sarjana Ekonomi, Western Michigan University, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) (Kepujian), Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Tan Sri Dr. Rahamat Bivi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 15 Ogos 2017 bagi tempoh 3 tahun. Sebelum ini, beliau menganggotai Lembaga Pengarah PIDM dari Januari 2012 hingga Januari 2017. Tan Sri Dr. Rahamat Bivi merupakan mantan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang bertanggungjawab bagi Bahagian Sistem dan Kawalan.
 
Tan Sri Dr. Rahamat Bivi merupakan ahli Lembaga Pengarah Malaysia Nuclear Power Corporation, IOI Corporation Berhad, Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Beliau juga merupakan anggota Majlis Penasihat Penyelidikan Perbadanan Nasional Bhd.