Zufar Suleiman Abu Bakar
Ketua Pegawai Risiko
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:Januari 2018
Kelayakan:
- Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Bertauliah, Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
- Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Risiko Korporat dan Pengurusan Keselamatan, University of Southampton, United Kingdom
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Bioproses, University of Bath, United Kingdom
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Zufar Suleiman Abu Bakar bertanggungjawab terhadap fungsi Pengurusan Risiko Perusahaan dan fungsi Kesinambungan Perniagaan PIDM dan menyokong Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan pihak Pengurusan dalam memastikan risiko PIDM dikenal pasti, dinilai, diurus, dipantau dan dilaporkan secara konsisten dan berterusan. Zufar menyertai PIDM pada tahun 2013 sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Audit dan Perkhidmatan Perundingan.
Zufar memulakan kerjayanya di Bahagian Nasihat Ernst & Young, Kuala Lumpur. Selepas lapan tahun, beliau menyertai Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) untuk menubuhkan dan mengetuai Jabatan Pengurusan Risiko Organisasi dan Jabatan Audit Dalaman. Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam bidang pengauditan dalaman dan operasi, pengurusan risiko organisasi, kajian semula jaminan kualiti, pengurusan program serta dokumentasi kawalan dalaman dan kajian semula yang melibatkan Akta Sarbanes-Oxley.