Jazimin Izzat Wan Zoolkifli

Jazimin Izzat Wan Zoolkifli

Ketua Audit Dalaman
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
April 2018
Kelayakan:
  • Ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Perakaunan, University of Portsmouth, United Kingdom
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Jazimin Izzat Wan Zoolkifli bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan jaminan dan perundingan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi, kebolehpercayaan dan integriti pelaporan kewangan operasi PIDM, serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkenaan. Beliau juga bertanggungjawab mengkaji semula, menyenggara dan melaporkan rangka kerja kawalan dalaman PIDM.

Beliau memulakan kerjayanya di Bahagian Jaminan dan Penasihat Perniagaan di Arthur Andersen and Co, Kuala Lumpur. Beliau kemudian berpindah ke beberapa syarikat tersenarai awam sebelum menyertai PIDM pada tahun 2006 sebagai Pengurus, Audit dan Khidmat Perundingan dan seterusnya dilantik sebagai Pengawal Kewangan / Timbalan Pengurus Besar, Kewangan pada tahun 2010. Pada tahun 2016, beliau meninggalkan PIDM untuk menjadi Ketua Pegawai Kewangan di sesebuah ahli penginsurans.

Izzat mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai peranan dalam bidang audit luaran dan dalaman, operasi perakaunan dan kewangan, pengurusan  perbendaharaan dan dana, serta  percukaian.