Zufar Suleiman Abu Bakar

Zufar Suleiman Abu Bakar

Ketua Pegawai Risiko
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Januari 2018
Kelayakan:
  • Juruaudit Dalaman Bertauliah
  • Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Risiko Korporat dan Pengurusan Keselamatan, University of Southampton, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Bioproses, University of Bath, United Kingdom
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Zufar Suleiman Abu Bakar bertanggungjawab untuk melaksanakan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi PIDM dan membantu Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Pengurusan bagi memastikan risiko PIDM dinilai, diurus, dipantau dan dilaporkan secara konsisten dan berterusan. Beliau juga ditugaskan untuk melaksanakan rangka kerja Pengurusan Kesinambungan Urusan untuk PIDM. Zufar menyertai PIDM pada tahun 2013 sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Audit dan Khidmat Perundingan.
 
Zufar memulakan kerjayanya di Bahagian Nasihat Ernst & Young, Kuala Lumpur. Selepas 8 tahun, beliau menyertai Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) untuk menubuhkan dan mengetuai Jabatan Pengurusan Risiko Organisasi dan Jabatan Audit Dalaman. Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam bidang pengauditan dalaman dan operasi, pengurusan risiko organisasi, kajian semula jaminan kualiti, pengurusan program serta dokumentasi kawalan dalaman dan kajian semula yang melibatkan Akta Sarbanes-Oxley.