• BM
    • EN
  • Cari

  • Cari

  • BM
    • EN
  • Mengenai PIDM
    • Mandat
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Eksekutif
    • Struktur Organisasi
    • Tadbir Urus Korporat
      • Pegawai Tadbir Urus
      • Manual Tadbir Urus
      • Rangka Kerja Tadbir Urus
      • Laporan Tadbir Urus
      • Struktur Organisasi
    • Whistleblowing
  • Bagaimana ANDA Dilindungi
    • Bagaimana PIDM Melindungi Anda
    • Sistem Insurans Deposit
      • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
      • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
      • Akaun Amanah
      • Bank-Bank Ahli
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
      • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Ahli Penginsurans
      • Bahan Maklumat Awam
      • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
      • Soalan Lazim Mengenai PIDM
    • Resolution
      • PIDM’s Role in the Financial Safety Net System
      • PIDM's Resolution Approach
      • Planning to Ensure an Effective Resolution by PIDM
      • Strategic Importance and Benefits of Resolution Planning
      • Resolution Planning Exposure Draft
  • Laman Informasi
    • Acara
    • Rencana
      • SPK
      • Lain-Lain Artikel
    • Penerbitan Korporat
      • Rancangan Korporat
      • Laporan Tahunan
      • Laporan Tahunan 2021
    • Laporan dan Pandangan
      • Savings Report
      • Insurance Report
  • Rujukan Umum
    • Nasihat Pengguna Kewangan
      • Penyalahgunaan Logo PIDM
      • Lain-lain
    • Kempen Awam
      • Iklan (Bercetak, TV & Radio)
      • Video Pendidikan
      • Sedia Payung Kewangan
      • Financial Education Network
  • Untuk Institusi Ahli
    • Bahan Maklumat
      • Bahan Maklumat Insurans Deposit
      • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
    • Perundangan
      • Akta
      • Peraturan-Peratuan
      • Perintah-Perintah
      • Kaedah-Kaedah
      • Garis Panduan
      • Arahan-Arahan
      • Nota-Nota
    • Kertas Perundingan
    • Portal Industri
      • Sumber
      • Log Masuk
  • Lagi
    • Kerjaya
    • Program Biasiswa Sarjana Muda
      • Soalan Lazim Program Biasiswa Sarjana Muda
    • Siaran Media
    • Hubungi Kami
  1. Home
  2. Bagaimana ANDA Dilindungi
  3. Bagaimana PIDM Melindungi Anda

Bagaimana PIDM Melindungi Anda

PERLINDUNGAN PIDM BAGI KONSUMER KEWANGAN


How-PIDM-Protects-You-BM-img-1-1-1.png
 
 
1. PIDM MELINDUNGI DEPOSIT DAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS
PIDM melindungi konsumer kewangan melalui Sistem Insurans Deposit (DIS) dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) sekiranya sesebuah institusi ahli gagal. Institusi ahli PIDM terdiri daripada bank ahli dan ahli penginsurans. Perlindungan ini disediakan secara automatik dan percuma kepada konsumer kewangan.

PIDM melindungi deposit yang layak sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Perlindungan berasingan diberikan kepada deposit konvensional dan Islam yang dipegang oleh individu, pemilik bersama, perniagaan tunggal, pemegang amanah, perniagaan perkongsian dan syarikat. PIDM melindungi 96% pendeposit dengan sepenuhnya.

Bagi pemilik sijil takaful dan polisi insurans, PIDM melindungi manfaat takaful dan insurans yang layak sehingga RM500,000. Perlindungan ini meliputi 99% daripada pemilik sijil takaful keluarga dan polisi insurans hayat, dan 96% daripada pemilik sijil takaful am dan polisi insurans am sepenuhnya. Perlindungan berasingan juga diberikan kepada sijil takaful dan polisi insurans yang dipegang oleh individu dan kumpulan, serta tuntutan untuk diri sendiri dan pihak ketiga.
 
2. PIDM MEWUJUDKAN KESEDARAN DAN MEMPERKUKUHKAN KEYAKINAN
PIDM melaksanakan aktiviti kesedaran awam secara meluas agar konsumer kewangan menyedari tentang wujudnya sistem perlindungan PIDM dan memahami manfaat dan hadnya. Ini adalah penting supaya konsumer kewangan memiliki kefahaman yang jelas dan mempunyai keyakinan terhadap sistem perlindungan kewangan ini, justeru dapat mengurangkan risiko berlakunya bank run terhadap institusi ahli ketika dalam keadaan tertekan atau ketidaktentuan. Usaha memupuk kesedaran orang awam dan literasi kewangan juga bertujuan membina daya tahan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dan meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan PIDM untuk melaksanakan mandat dan peranannya sebagai pihak berkuasa resolusi, di mana kami berhasrat untuk beralih daripada kesedaran asas kepada kepercayaan dan keyakinan orang awam terhadap PIDM.
 
3. PIDM MENYEDIAKAN INSENTIF UNTUK INSTITUSI AHLI KEKAL SELAMAT DAN BERDAYA MAJU
PIDM menyokong kestabilan sistem kewangan secara keseluruhannya dengan menggalakkan keselamatan dan kekukuhan institusi ahli kami dengan memberikan insentif bagi pelaksanaan pengurusan risiko yang wajar melalui rangka kerja Sistem Premium Berbeza bagi bank ahli, rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi syarikat insurans dan rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi pengendali takaful. Bank ahli membayar premium dan ahli penginsurans membayar levi kepada PIDM setiap tahun. Institusi ahli dicaj berdasarkan profil risiko mereka di bawah Sistem Premium Berbeza bagi bank ahli, Sistem Levi Berbeza bagi syarikat insurans dan Sistem Levi Berbeza bagi pengendali takaful. Pembayaran premium dan levi ini adalah berdasarkan mekanisme pendanaan ex-ante, iaitu kami mendahulukan pengumpulan dana dalam bentuk premium dan levi daripada institusi ahli kami ketika beroperasi seperti biasa (business as usual).
 
4. PIDM MEMASTIKAN RESOLUSI EFEKTIF BAGI INSTITUSI AHLI
Sejajar dengan mandatnya untuk memastikan pelaksanaan resolusi dengan segera dan efektif dengan cara yang meminimumkan kos terhadap sistem kewangan, PIDM telah memulakan kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membangunkan rangka kerja Perancangan Pemulihan dan Resolusi yang mantap.

Perancangan Pemulihan dan Resolusi terdiri daripada dua komponen berasingan tetapi saling berkaitan iaitu perancangan pemulihan dan perancangan resolusi, untuk tujuan mempertingkatkan kebolehseliaan, kebolehpulihan dan kebolehselesaian institusi kewangan.

Perancangan Pemulihan bertujuan memastikan institusi kewangan menyediakan dan mengekalkan pelan pemulihan yang menentukan opsyen untuk memulihkan kedudukan kewangan mereka ke tahap boleh diterima ketika mengalami tekanan yang teruk. Perancangan Resolusi pula bertujuan memudahcara resolusi supaya dapat dilakukan dengan segera dan teratur melalui pembangunan pelan resolusi institusi kewangan ketika beroperasi seperti biasa.

PIDM dan BNM memulakan inisiatif Perancangan Pemulihan dan Resolusi untuk industri pada tahun 2017, dengan BNM mengetuai proses Perancangan Pemulihan dan PIDM mengetuai proses Perancangan Resolusi.
 
5. PIDM MEMPERTINGKATKAN KESEDIAAN UNTUK MENDEPANI KRISIS
Di PIDM, kami berlandaskan konsep “siap sedia” atau “just-in-case”, di mana kami terlebih dahulu memastikan daya tahan organisasi sebelum kemungkinan berlakunya krisis. Ini berbeza dengan pendekatan “tepat pada masa” atau “just-in-time”, di mana tindakan hanya diambil mengikut keperluan pada masa itu. Bagi mencapai tahap kesediaan yang tinggi, PIDM kerap melaksanakan latihan simulasi termasuk latihan simulasi antara agensi dalam kalangan ahli utama jaringan keselamatan kewangan.

PIDM juga sentiasa berusaha ke arah mempertingkatkan keupayaan pembayaran balik untuk memastikan konsumer kewangan dibayar balik dengan lancar dan mempunyai akses segera terhadap dana mereka, dengan kesulitan dan gangguan yang minimum, sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli. Dalam memudahkan pembayaran balik yang segera dan selamat, PIDM telah menambah kaedah pembayaran  DuitNow sebagai saluran pembayaran pilihan, selain pemindahan bayaran antara bank dan pembayaran cek.

Baca lagi

  • Bagaimana PIDM Melindungi Anda
  • Sistem Insurans Deposit
    • Apakah Itu Sistem Insurans Deposit (DIS)?
    • Perlindungan Bagi Sistem Insurans Deposit
    • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Insurans Deposit
    • Akaun Amanah
    • Bank-Bank Ahli
    • Bahan Maklumat Awam
    • Soalan Lazim Sistem Insurans Deposit
    • Soalan Lazim Mengenai PIDM
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
    • Apakah itu Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans?
    • Perlindungan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
    • Jadual Pengiraan Bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
    • Ahli Penginsurans
    • Bahan Maklumat Awam
    • Soalan Lazim Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
    • Soalan Lazim Mengenai PIDM
  • Resolution
    • PIDM’s Role in the Financial Safety Net System
    • PIDM's Resolution Approach
    • Planning to Ensure an Effective Resolution by PIDM
    • Strategic Importance and Benefits of Resolution Planning
    • Resolution Planning Exposure Draft

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Level 12, Axiata Tower,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Untuk surat menyurat:
P.O.Box. 13071
50798 Kuala Lumpur

Tel: +603-2173 7436 / 2265 6565
Fax: +603-2173 7527 / 2260 7432
Talian Bebas Tol: 1-800-88-1266
Emel: info@pidm.gov.my

 

Navigasi

  • Mengenai PIDM
  • Sistem Perlindungan
  • Penerbitan
  • Kesedaran Awam
  • Sumber MI

Maklumat Lanjut

  • Bank-Bank Ahli
  • Ahli Penginsurans
  • Kerjaya
  • Siaran Media
  • Hubungi Kami
  • Portal Industri

Lain-lain

  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Amaran Penipuan

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2023. All rights reserved.
×

Accessibility Settings

If you are having any difficulties to view our website please use the below settings for better accessibility