Encik Imri Dolhadi Ab Wahab
Pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:April 2025
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan Islam, Universiti INCEIF, Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, Lancaster University, United Kingdom
- Diploma Baccalaureate Antarabangsa, Kolej MARA, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Encik Imri merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Bahagian Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 22 tahun dalam pelbagai jabatan dan bahagian dalam Kerajaan termasuk Seksyen Hutang dan Risiko, Unit Pengurusan Tunai dan Kecairan, Seksyen Penilaian Pelaburan, Bahagian Pelaburan Strategik serta Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa.
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad.