Sepanjang 20 tahun yang lalu, kami tidak berdiam diri. Kami terus mengukuhkan kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memastikan wang serta manfaat takaful dan insurans anda kekal selamat dan dilindungi.
Kami memberi tumpuan untuk menubuhkan PIDM sebagai institusi yang berwibawa dan berintegriti. Ini termasuk pembangunan rangka kerja tadbir urus korporat yang kukuh, sistem operasi yang efektif, dan proses dalaman yang mantap untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit. Usaha awal ini menjadi asas penting untuk membina keyakinan orang awam terhadap jaringan keselamatan kewangan Malaysia.
Untuk membaca artikel penuh, klik di sini.
Mandat kami diperluaskan dengan pengenalan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, memperluaskan lagi perlindungan bagi konsumer kewangan. Dalam tempoh ini, kami juga meningkatkan kesediaan operasi dan keupayaan penilaian risiko untuk menyokong peranan kami. Di peringkat antarabangsa, kami diiktiraf kerana menyelaraskan standard global dan amalan terbaik dalam insurans deposit dan kestabilan sistem kewangan.
Untuk membaca artikel penuh, klik di sini.
Kami terus mengukuhkan peranan kami sebagai pihak berkuasa resolusi dengan meletakkan rangka kerja perancangan resolusi dan membina keupayaan dalaman. Kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa untuk menjalankan simulasi krisis bersama dan meningkatkan penyelarasan rentas sempadan. Usaha berterusan ini memastikan kami terus bersedia secara operasi untuk memelihara keyakinan orang awam dan mengekalkan daya tahan sistem kewangan.
Untuk membaca artikel penuh, klik di sini.
Di PIDM, kami memahami nilai hasil titik peluh anda. Kami memastikan wang dan manfaat takaful & insurans anda dilindungi sekiranya institusi ahli tidak lagi boleh beroperasi.
Melalui penceritaan yang bermakna, kami membantu konsumer kewangan memperoleh ketenangan fikiran bahawa hasil titik peluh dan manfaat takaful dan insurans mereka sentiasa dilindungi.
Video-video ini memberikan gambaran tentang bagaimana kami menyokong kestabilan sistem kewangan, dengan memastikan bahawa apabila institusi kewangan gagal, kesannya terhadap pendeposit dan orang awam diuruskan dengan penuh keyakinan dan ketelitian.
Sebagai sebahagian daripada agenda literasi kewangan kebangsaan, kami telah menghasilkan kandungan yang jelas dan praktikal di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial Education Network – FEN), membantu konsumer kewangan membuat pilihan kewangan yang lebih bijak. Malah, maskot beruang matahari ikonik kami, Chief BerUang, turut terlibat dalam menyemai tabiat kewangan yang baik untuk rakyat Malaysia, muda dan dewasa.
PIDM komited untuk menjalankan urusan rasmi dan hal ehwal kawal selia kami dengan memenuhi tanggungjawab sosial dan kelestarian secara bermakna, dengan mengambil kira tadbir urus yang baik, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. PIDM juga melabur dalam bakat masa depan melalui Program Biasiswa PIDM, bagi memperkasakan belia Malaysia untuk berkembang maju serta menyumbang kembali kepada masyarakat.