Manfaat takaful dan insurans melindungi anda daripada peristiwa luar jangka.

Tetapi siapa yang melindungi anda sekiranya syarikat insurans atau pengendali takaful anda gagal?

Tentulah PIDM!

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM melindungi kehilangan manfaat insurans dan takaful anda sekiranya ahli insurans tidak lagi boleh beroperasi dan tidak dapat memenuhi tuntutan anda.

Berapakah bayaran yang perlu saya buat untuk mendapatkan perlindungan ini?

Perlindungan ini adalah PERCUMA dan automatik. Anda tidak perlu memohon atau mendaftar!

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS)
1
Apa yang dilindungi di bawah TIPS?
Insurans am
Takaful am
Insurans hayat
Takaful keluarga
2
Apakah manfaat yang dilindungi di bawah sijil atau polisi yang layak?*
*
Tuntutan oleh pemilik sijil atau polisi adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had perlindungan yang ditetapkan dalam kontrak takaful atau polisi mereka.
3
Berapakah had perlindungan di bawah TIPS?
Untuk senarai penuh manfaat yang dilindungi dan had perlindungan, Klik di sini

Bagaimana sekiranya anda mempunyai polisi atau sijil dengan beberapa ahli penginsurans?

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans memberi perlindungan berasingan sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu polisi insurans dan sijil takaful dengan beberapa ahli penginsurans.

Bagaimana sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu polisi insurans atau sijil takaful dengan ahli penginsurans yang sama?

Manfaat dilindungi anda akan dijumlahkan sekiranya, anda memenuhi syarat-syarat seperti di bawah.

Ahli Penginsurans yang sama
Risiko Kejadian yang Sama
Harta Diinsuranskan atau Hayat Diinsuranskan yang Sama
Pemilik Sijil Takaful atau Polisi Insurans yang sama

Klik contoh-contoh di bawah untuk maklumat lanjut

Nak tahu sama ada syarikat insurans atau pengendali takaful anda adalah Ahli Penginsurans?

Semua syarikat insurans dan pengendali takaful adalah institusi ahli PIDM secara automatik.

Cari tanda keahlian PIDM seperti di bawah Senarai penuh Ahli Penginsurans PIDM
Tetapi tidak semua institusi kewangan adalah ahli kami. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut
Masih kurang pasti bagaimana Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans berfungsi?

Tonton video di bawah

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Syarikat Insurans atau Pengendali Takaful Anda Tidak Lagi Boleh Beroperasi?

TAK PERLU BUAT APA-APA

PIDM akan memastikan perlindungan takaful dan insurans anda berterusan


Sekiranya ahli penginsurans tidak lagi boleh beroperasi, PIDM akan memastikan perlindungan berterusan ke atas sijil takaful dan polisi insurans anda.

Bagaimana sekiranya ahli penginsurans perlu ditutup?


Sekiranya anda mempunyai tuntutan tetapi ahli penginsurans telah ditutup, PIDM akan membuat bayaran manfaat yang dilindungi kepada anda.

Ketahui Peranan PIDM sebagai Pihak Berkuasa Resolusi. Maklumat Lanjut

Sekarang,

apa yang boleh saya lakukan?

Setiap polisi takaful atau insurans adalah unik, dengan manfaat yang disesuaikan mengikut keperluan anda. Sila rujuk pengendali takaful atau syarikat insurans anda untuk memahami manfaat yang dilindungi oleh PIDM.

Mengapa Perlindungan PIDM

Penting?

Ketenangan fikiran anda adalah keutamaan kami.

PIDM memastikan anda kekal dilindungi, walaupun syarikat insurans atau pengendali takaful anda tidak lagi boleh beroperasi. Anda akan terus menikmati perlindungan bagi polisi insurans dan sijil takaful anda. Teruskan dan jalani kehidupan dengan yakin kerana PIDM kan ada!