Peranan kami di bawah Akta PIDM ini adalah untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan.
PIDM juga diberi mandat untuk menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, serta menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
Melindungi pendeposit terhadap kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank ahli, sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.
Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.
Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (2) dan (4), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
Memperkukuhkan keyakinan dengan menjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dan resolusi dengan amalan terbaik
Melaksanakan mandat kami secara efektif, dengan komitmen membawa perubahan kepada komuniti kita dan kakitangan kami