Soalan Lazim
Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ialah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi anda terhadap kehilangan manfaat takaful atau insurans yang layak sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans dan ahli penginsurans tidak dapat memenuhi tuntutan manfaat takaful atau insurans. Kegagalan di sini bermaksud bank ahli tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ditadbir oleh PIDM.
Semua pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 bagi menjalankan perniagaan takaful keluarga atau am di Malaysia, serta syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewagan 2013 bagi menjalankan perniagaan insurans hayat atau am di Malaysia ialah ahli penginsurans PIDM. Keahlian adalah wajib mengikut peruntukan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.
Pengendali takaful dan syarikat insurans yang merupakan institusi ahli PIDM dikenali sebagai ‘ahli penginsurans’. Sila perhatikan tanda keahlian ini di semua pintu masuk pejabat pengendali takaful atau syarikat insurans anda.
Klik di sini untuk senarai penuh ahli penginsurans PIDM.
Institusi-institusi berikut bukan ahli penginsurans PIDM:
Tidak, anda tidak perlu memohon atau mendaftar bagi perlindungan ini. Anda dilindungi secara automatik bagi manfaat takaful dan insurans yang layak.
Ya, semua pemilik sijil takaful dan polisi insurans layak dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans sekiranya sijil takaful atau polisi insurans mereka dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dan dalam nilai Ringgit Malaysia.
Untuk layak mendapat perlindungan di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, sijil takaful atau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans dan dalam nilai Ringgit Malaysia. Manfaat takaful dan insurans yang dilindungi di bawah sijil takaful atau polisi insurans yang layak dan had-had berkaitan digariskan dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Manfaat Dilindungi Dan Had Perlindungan
Manfaat Dilindungi | Had Perlindungan (Polisi/Pelan Individu atau Kumpulan)** |
Kematian dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematian | RM500,000 |
Ketidakupayaan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada ketidakupayaan | RM500,000 |
Penyakit dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada penyakit | RM500,000 |
Kematangan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematangan* | RM500,000 |
Serahan dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada serahan* | RM500,000 |
Pendapatan* | RM500,000 |
Penjagaan kesihatan | 100% amaun kena dibayar |
Kerugian kewangan | RM500,000 |
Nilai sijil takaful keluarga atau nilai polisi hayat itu | RM500,000 bagi satu atau lebih sijil takaful keluarga atau polisi hayat |
Sumbangan atau premium prabayar boleh dibayar balik
|
|
Kehilangan atau kerosakan pada harta dan kerugian berbangkit | RM500,000 bagi setiap harta |
Kehilangan atau kerosakan pada harta mana-mana pihak ketiga dan kerugian berbangkit | RM500,000 bagi setiap harta |
Kematian mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kematian | RM500,000 |
Ketidakupayaan mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada ketidakupayaan | RM500,000 |
Penyakit mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada penyakit | RM500,000 |
Kecederaan mana-mana pihak ketiga dan manfaat berkaitan yang berbangkit daripada kecederaan | RM500,000 |
Penjagaan kesihatan pihak ketiga | 100% amaun kena dibayar |
Kerugian kewangan mana-mana pihak ketiga | RM500,000 |
* Manfaat kematangan, serahan dan pendapatan dibayar daripada bahagian unit siji takaful atau polisi insurans berkaitan pelaburan tidak dilindungi di bawah Sistem Perlindungn Manfaat Takaful dan Insurans.
**Sebarang tuntutan oleh pemilik sijil atau polisi adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had perlindungan yang ditetapkan dalam kontrak takaful atau polisi mereka.
Contoh manfaat takaful atau insurans yang tidak dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans termasuklah manfaat di bawah sijil takaful dan polisi insurans dalam nilai mata wang asing, serta manfaat kematangan, serahan dan pendapatan dibayar daripada bahagian unit sijil atau polisi berkaitan pelaburan . Bagaimanapun, manfaat nasib malang (seperti manfaat kematian) dibayar daripada bahagian unit sijil atau polisi berkaitan pelaburan dilindungi di bawah sistem tersebut.
Ya. Manfaat dilindungi di bawah sijil atau polisi individu anda dan sijil atau polisi kumpulan akan dijumlahkan secara berasingan dalam menentukan had perlindungan maksimum. Ini membolehkan anda menikmati lebih perlindungan.
Tidak. Manfaat takaful dan insurans anda dengan ahli penginsurans berbeza dilindungi secara berasingan. Manfaat yang dilindungi di bawah sistem ini hanya akan dijumlahkan sekiranya manfaat tersebut berkaitan dengan “ahli penginsurans yang sama, risiko kejadian yang sama, hayat diinsuranskan atau harta diinsuranskan yang sama, dan pemilik sijil takaful atau polisi yang sama”.
Setiap hayat diinsuranskan dilindungi secara berasingan. Ini bermakna sekiranya anda membeli beberapa sijil takaful atau polisi insurans bagi ahli keluarga berlainan daripada ahli penginsurans yang sama, anda akan dilindungi berdasarkan setiap ahli keluarga yang diinsuranskan. Anda boleh merujuk kepada contoh ini:
Encik Tan dan isteri membeli beberapa polisi insurans hayat bagi ahli keluarga mereka daripada ahli penginsurans yang sama.
Pemilik Polisi: Encik Tan | Pemilik Polisi: Puan Tan | ||
Hayat diinsuranskan | Amaun diinsuranskan (RM) | Hayat diinsuranskan | Amaun diinsuranskan (RM) |
Polisi 1:Anak lelaki (Adam) | 200,000 | Polisi 4: Anak lelaki (Adam) | 100,000 |
Polisi 2:Anak perempuan (Alice) | 150,000 | Polisi 5:Anak lelaki (Adam) | 50,000 |
Polisi 3: Encik Tan | 600,000 | Polisi 6: Puan Tan | 400,000 |
Kematian Adam | |||
Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Encik Tan | RM200,000 (Polisi 1) | ||
Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Puan Tan (RM100,000 + RM50,000) | RM150,000 (Polisi 4 and 5) | ||
Jumlah amaun boleh dituntut di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans | RM350,000 | ||
Kematian Encik Tan | |||
Amaun boleh dituntut di bawah polisi-polisi Encik Tan | RM500,000* (Polisi 3) |
*had maksimum di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Tidak. Perlindungan bagi manfaat takaful dan insurans anda di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans bukan seperti polisi insurans atau takaful komersil yang boleh dibeli. Perlindungan ini disediakan oleh Kerajaan menerusi PIDM. Anda tidak perlu mendaftar atau memohon bagi perlindungan ini kerana perlindungan ini disediakan secara automatik bagi manfaat takaful atau insurans yang layak.
Anda akan terus menikmati perlindungan manfaat takaful atau insurans secara berasingan sehingga semua kewajipan ahli penginsurans dipenuhi, termasuk pembayaran apabila berlaku peristiwa tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau polisi insurans tersebut.
Sekiranya ahli penginsurans tidak lagi boleh beroperasi, PIDM akan mengambil tindakan untuk memastikan perlindungan berterusan di bawah sijil takaful dan polisi insurans anda.
Jika anda mempunyai tuntutan tetapi ahli penginsurans telah pun ditutup, PIDM akan membuat pembayaran manfaat yang dilindungi kepada anda.
Jika anda mempunyai tuntutan tetapi ahli penginsurans telah gagal, PIDM akan membuat pembayaran faedah yang dilindungi kepada anda. Tuntutan perlu dibuat dengan PIDM apabila berlakunya peristiwa tuntutan, kematangan atau penyerahan sijil takaful atau polisi insurans dalam tempoh masa yang ditetapkan. Anda akan dimaklumkan oleh PIDM secara bertulis dan melalui iklan.
Hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang atau e-mel ke [email protected]