Ramai yang simpan wang di dalam bank. Ia selamat, terjamin dan membantu meningkatkan simpanan.

Tetapi siapa yang melindungi wang anda di bank?

Tentulah PIDM!

Wang anda dilindungi Sistem Insurans Deposit secara automatik apabila anda membuka akaun di bank ahli PIDM. Dengan perlindungan ini, anda boleh menikmati akses berterusan kepada wang anda sekiranya bank anda tidak lagi boleh beroperasi.

Berapakah yuran yang perlu dibayar untuk mendapatkan perlindungan ini?

Perlindungan ini adalah PERCUMA dan automatik. Anda tidak perlu memohon atau mendaftar!

Nak tahu sama adabank anda adalah Bank Ahli?

Semua bank komersial dan Islam di Malaysia adalah ahli PIDM secara automatik.

Cari tanda keahlian PIDM seperti di bawah Senarai penuh Bank Ahli PIDM
Tetapi tidak semua institusi kewangan adalah ahli PIDM. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut

Apakah Yang Dilindungi Di bawahSistem Insurans Deposit

Sekiranya anda mempunyai mana-mana produk seperti di bawah di dalam bank ahli PIDM, anda telah dilindungi.

Akaun simpanan
Deposit tetap
Akaun semasa
Akaun deposit Islam
Deposit matawang asing
Draf bank, cek, instrumen atau arahan pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit
Tetapi tidak semua produk kewangan dilindungi oleh PIDM. Ketahui lebih lanjut

Berapa Banyak Deposit Anda Dilindungi?

Deposit anda dilindungi sehingga

RM250,000 bagi setiap pendeposit, di setiap bank ahli.

Sekiranya anda mempunyai RM250,000 dan ke bawah, anda akan dilindungi sepenuhnya.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun dalam satu bank ahli di atas nama anda sahaja, jumlah deposit yang dilindungi adalah sehingga RM250,000.
Anda akan menikmati perlindungan berasingan sekiranya anda mempunyai akaun deposit konvensional dan akaun Islam.
Akaun perniagaan di bawah pemilikan tunggal, perkongsian, amalan profesional dan syarikat juga mendapat perlindungan berasingan.

Klik contoh-contoh di bawah untuk maklumat lanjut

Masih kurang pasti bagaimana Sistem Insurans Deposit berfungsi?

Tonton video di bawah

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Bank Anda Tidak Lagi Boleh Beroperasi?


TAK PERLU BUAT APA-APA

PIDM akan memastikan akses berterusan kepada wang anda


Sekiranya bank anda tidak lagi boleh beroperasi, jangan risau. PIDM akan memastikan anda terus menikmati akses berterusan kepada wang anda.

Bagaimana sekiranya bank perlu ditutup?


Anda masih tidak perlu risau. PIDM akan membayar balik wang anda sehingga had perlindungan berdasarkan rekod anda dengan bank. Anda tidak perlu memohon atau mengemukakan sebarang tuntutan.

Ketahui Peranan PIDM sebagai Pihak Berkuasa Resolusi. Maklumat Lanjut

Sekarang,

apa yang boleh saya lakukan?

Semak dengan bank anda untuk memahami produk yang dilindungi oleh PIDM. Pastikan butiran peribadi anda dikemas kini dengan bank anda untuk memastikan proses pembayaran balik yang lancar, sekiranya perlu.

Mengapa Perlindungan PIDM

Penting?

Ketenangan fikiran anda adalah keutamaan kami.

PIDM memastikan wang anda terus dilindungi, walaupun bank tidak lagi boleh beroperasi supaya anda mendapat akses berterusan kepada wang anda. Dengan PIDM wang anda sentiasa dilindungi.

Baca lagi dalam soalan lazim kami: Tentang PIDM Sistem Insurans Deposit
Muat turun: Risalah