Soalan Lazim
PIDM ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM ditubuhkan pada tahun 2005 untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit bagi melindungi pendeposit.
Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telah diperluaskan bagi mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans.
Di Malaysia, kami dikenali sebagai PIDM, singkatan bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Di peringkat antarabangsa, kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC).
Keahlian PIDM terdiri daripada bank-bank ahli dan ahli penginsurans.
Kesemua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan kesemua bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, termasuk subsidiari bank-bank asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, merupakan bank ahli PIDM.
Kesemua operator takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga dan/atau am di Malaysia, serta syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans hayat dan/atau am di Malaysia, termasuk subsidiari syarikat-syarikat insurans asing yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, adalah ahli penginsurans PIDM.
Premium dan levi tahunan akan dibayar oleh bank-bank ahli dan ahli penginsurans kepada PIDM. Sebagai pendeposit atau pemilik sijil takaful / polisi insurans, anda tidak perlu membayar apa-apa premium kepada PIDM untuk menikmati perlindungan yang disediakan oleh PIDM.
Mandat berkanun PIDM adalah untuk:
Dalam mencapai matlamat di bawah perenggan (1) dan (2), PIDM akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi institusi ahli untuk melaksanakan amalan pengurusan risiko yang mantap.
PIDM ialah pihak berkuasa resolusi di Malaysia bagi bank-bank ahli dan ahli penginsurans, dan mempunyai pelbagai kuasa perundangan untuk melaksanakan intervensi lebih awal terhadap institusi ahli yang bermasalah bagi mengurangkan kemungkinan kegagalan institusi ahli. Kegagalan di sini bermaksud bank ahli tersebut tidak lagi berdaya maju atau menjadi muflis. Sekiranya perlu, apabila sesebuah institusi ahli dianggap sudah tidak lagi berdaya maju oleh Bank Negara Malaysia, PIDM boleh mengambil alih kawalan ke atas institusi tersebut atau melakukan intervensi bagi melaksanakan resolusi terhadap institusi ahli dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
Bank Negara Malaysia merupakan pengawal selia utama sistem kewangan dan bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDM berfungsi melengkapkan peranan Bank Negara Malaysia dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurus Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dengan cara yang menggalakkan pengurusan risiko berhemat dalam kalangan institusi ahli.
PIDM ditadbir urus oleh Lembaga Pengarah yang dianggotai oleh pengarah yang dilantik oleh Menteri Kewangan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta. Seorang Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah manakala wakil-wakil lain ialah Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pengarah lain daripada sektor awam, dan pengarah daripada sektor swasta dengan pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan.
Institusi yang bukan bank ahli PIDM termasuk:
Institusi yang bukan ahli penginsurans PIDM termasuk:
Institusi ahli dikehendaki membayar premium dan levi tahunan untuk membiayai Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, serta mematuhi terma dan syarat keahlian yang ditetapkan oleh PIDM.
Keahlian adalah kekal kecuali ditamatkan oleh PIDM. PIDM boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, menamatkan keahlian sekiranya Bank Negara Malaysia menetapkan bahawa sesebuah institusi ahli telah menjadi, atau akan menjadi, tidak berdaya maju. Apabila keahlian ditamatkan, institusi ahli tersebut tidak boleh menerima deposit baharu atau menjual apa-apa sijil takaful atau polisi insurans yang baharu.
PIDM akan membatalkan keahlian sekiranya lesen sesebuah institusi ahli telah dibatalkan oleh Bank Negara Malaysia atau sekiranya institusi ahli tersebut telah menyerahkan semula lesennya kepada Bank Negara Malaysia.
Hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang atau e-mel ke [email protected].