Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
  • Umum
  • Rujukan Penting
Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
Rujukan Penting
Utama
  • Perlindungan PIDM Bagi Konsumer Kewangan
  • Mandat
  • Tadbir Urus
  • Barisan Kepimpinan Kami
  • Struktur Organisasi
  • Kerjaya
  • Program Biasiswa Sarjana Muda
  • Pemberian Maklumat
  • Sistem Perlindungan Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Kesedaran Penipuan Kewangan
  • Kupasan
  • Siaran Media
  • Penerbitan Korporat
  • Laporan
  • Iklan Video
  • Iklan Bercetak
  • Iklan Radio
  • Video Pendidikan
Hubungi Kami
  • Tentang PIDM
  • Sistem Insurans Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2024
Sedia Payung Kewangan
Utama
Resolusi
Perundangan
Kertas Perundingan
  • Bahan Maklumat Insurans Deposit
  • Bahan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful
  • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
  • Sumber
  • Log Masuk
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2024
Sedia Payung Kewangan
  1. Utama
  2. my
  3. general
  4. about-pidm
  5. meet-our-people
  6. board-of-directors

Barisan Kepimpinan Kami

Lembaga Pengarah
  • Lembaga Pengarah
  • Pengurusan Eksekutif
  • Pegawai-Pegawai Korporat

Dato Sri (Dr) Zukri Samat

Pengerusi

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour

Pengarah Ex Officio

Datuk Johan Mahmood Merican

Pengarah Ex Officio

Datuk Dr Yacob Bin Mustafa

Pengarah

Encik Razali Othman

Pengarah

Dato Dr. Nik Ramlah Mahmood

Pengarah

Dato’ Dr. Gan Wee Beng

Pengarah

Ms. Gloria Goh Ewe Gim

Pengarah

Mr. Lee Kong Eng

Pengarah

Encik Aznan Abdul Aziz

Pengarah silih ganti kepada Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour

Encik Imri Dolhadi Ab Wahab

Pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican
Follow Us

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2025. All Rights Reserved.

Search

Lembaga Pengarah

Dato Sri (Dr) Zukri Samat

Pengerusi
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
November 2023
Kelayakan:
  • Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Hull, United Kingdom
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kewangan dan Perbankan Islam), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato Sri Zukri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 November 2023.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama dalam pelbagai organisasi, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Dato Sri Zukri merupakan salah seorang anggota utama Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997/1998 di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi aktiviti penstrukturan semula dan pemulihan pinjaman.  Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Danaharta dari Julai 2003 hingga Disember 2005.
 
Jawatan-jawatan utama lain yang pernah disandang oleh Dato Sri Zukri termasuk Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Pengarah Malaysia Debt Ventures Berhad, Pengerusi Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Pengarah Asian Institute of Finance (AIF) dan Pengarah Aafaq Islamic Finance Dubai,  Emiriah Arab Bersatu.

Lembaga Pengarah

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
July 2023
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Saïd Business School, University of Oxford
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:

Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour adalah Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-10 yang dilantik pada 1 Julai 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak tahun 2016.

Dato' Sri Rasheed menyertai Bank Nagara Malaysia pada tahun 1988 dan telah menerajui pelbagai jawatan dalam fungsi utama Bank Negara Malaysia, termasuk dasar monetari dan ekonomi, pengurusan rizab antarabangsa dan pasaran kewangan, pembangunan sektor kewangan dan peraturan perbankan.

Dato' Sri Rasheed telah memainkan peranan utama dalam usaha advokasi Bank Negara Malaysia dalam hal ehwal ekonomi, termasuk perlindungan sosial dan reformasi pasaran pekerja dan sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan pandemik. Beliau juga memegang peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.

Pada peringkat antarabangsa, Dato' Sri Rasheed pernah berkhidmat di pelbagai institusi antarabangsa, seperti Islamic Financial Services Board dan Bank for International Settlements. Beliau juga telah menerajui pelbagai usaha untuk mengukuhkan integrasi dan kerjasama kewangan serantau, seperti Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Silih Ganti di Pejabat Southeast Asia Voting Group, International Monetary Fund.

--
Datuk Jessica Chew Cheng Lian telah berkhidmat sebagai pengarah silih ganti kepada Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour sehingga 1 April 2025. Encik Aznan Abdul Aziz dilantik sebagai pengarah silih ganti yang baharu bermula 9 Mei 2025

Lembaga Pengarah

Datuk Johan Mahmood Merican

Pengarah Ex Officio
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2023
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi, University of Cambridge, United Kingdom
  • Institute of Chartered Accountants in England and Wales
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Datuk Johan Mahmood Merican merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang dilantik pada bulan Februari 2023. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara di Kementerian Kewangan.
 
Datuk Johan Mahmood Merican juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) di Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat selama 9 tahun dalam sektor swasta dalam bidang kewangan korporat dan perakaunan.
 
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holding Berhad, Pelabuhan Perindustrian Samalaju Sdn Bhd, Malaysia Airports Holding Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pengurusan Aset Air Berhad, Govco Holdings Berhad, MyDIGITAL Corporation, Pembinaan PFI Sdn Bhd, Universiti Malaya, Malaysia dan juga Pengerusi, Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

--
Encik Abdillah Azizudin telah berkhidmat sebagai pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican sehingga 31 Mac 2025. Encik Imri Dolhadi Ab Wahab dilantik sebagai pengarah silih ganti yang baharu bermula 1 April 2025.

Lembaga Pengarah

Datuk Dr Yacob Bin Mustafa

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
November 2019
Kelayakan:
  • Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Datuk Dr Yacob merupakan bekas Akauntan Negara Malaysia. Sebelum ini, beliau adalah Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Operasi) di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan seperti Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di Kementerian Kewangan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Datuk Dr Yacob merupakan ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia dan ahli Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun. Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah MIF Investments Limited.

Lembaga Pengarah

Encik Razali Othman

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
April 2025
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Diploma Perakaunan, Institut Teknologi MARA
Skills, Experience and Expertise:

Encik Razali merupakan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun dalam pelbagai jabatan dan bahagian Kerajaan termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Bahagian Pengurusan Aset Awam, Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari, serta Bahagian Ekonomi.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Melaka.

Lembaga Pengarah

Dato Dr. Nik Ramlah Mahmood

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Ogos 2016

Kelayakan:
  • Ijazah Kedoktoran, University of London, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang, University of London, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian Kelas Pertama), Universiti Malaya, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato Dr. Nik Ramlah bersara sebagai pengawal selia, setelah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia selama 23 tahun sehingga persaraan beliau pada 31 Mac 2016. Beliau menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 1993 sebagai Pengurus Pembaharuan Undang-Undang dan bertugas dalam pelbagai jawatan termasuk Pengarah Dasar dan Pembangunan, Pengarah Eksekutif Kanan, Pengarah Urusan dan Timbalan Ketua Eksekutif.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Securities Industry Development Corporation, Institute Capital Market Research, INCEIF University, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Nasional Berhad, Axiata Group Berhad, United Malacca Berhad dan Dialog Axiata PLC (Sri Lanka).

Lembaga Pengarah

Dato’ Dr. Gan Wee Beng

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Ogos 2016

Kelayakan:

  • Ijazah Kedoktoran Ekonomi, Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Malaya, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya, Malaysia

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Dato’ Dr. Gan Wee Beng pernah memegang beberapa jawatan penting dalam CIMB Group termasuk Penasihat Perbankan Pelaburan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Risiko) dan Pengarah Eksekutif di CIMB Bank, CIMB Investment Bank dan CIMB Securities Bhd.
 
Pelantikan lain beliau selain di CIMB Group adalah sebagai Penasihat Kanan, Jabatan Ekonomi Monetary Authority of Singapore, dan Perunding kepada Bank Dunia, International Labour Organisation dan Bank Negara Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Felo Penyelidikan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Lembaga Pengarah

Ms. Gloria Goh Ewe Gim

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2017

Kelayakan:
  • Felo CPA Australia
  • Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian), University of Melbourne, Australia
Skills, Experience and Expertise:
Puan Gloria Goh Ewe Gim adalah rakan kongsi yang telah bersara daripada Ernst & Young, Malaysia dan bekas Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia dan Persekutuan Akauntan ASEAN. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Audit dan Kawalan Sistem Maklumat Bahagian Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Lembaga Penasihat Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, University of Melbourne, Australia.

Lembaga Pengarah

Mr. Lee Kong Eng

Pengarah
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2021

Kelayakan:
  • Ahli Bersekutu Institute of Chartered Accountants in England & Wales
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan & Kewangan, University of Lancaster, United Kingdom 
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Lee Kong Eng memiliki pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang audit, kewangan korporat dan khidmat nasihat berkaitan transaksi. Sebelum bersara, beliau merupakan rakan kongsi di Bahagian Perkhidmatan Penasihat Transaksi di Ernst & Young, Malaysia. Encik Lee memiliki pengalaman luas dalam penstrukturan semula korporat, penggabungan dan pengambilalihan, serta kajian semula usaha wajar dalam pelbagai industri terutama dalam perkhidmatan kewangan, teknologi maklumat, minyak dan gas, pembuatan dan perkhidmatan.

Lembaga Pengarah

Encik Aznan Abdul Aziz

Pengarah silih ganti kepada Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Mei 2025

Kelayakan
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perkakaunan, University of Bristol, United Kingdom.

Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Aznan Abdul Aziz merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertanggungjawab ke atas penyeliaan dan pengawalseliaan sektor kewangan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan sepanjang 21 tahun perkhidmatan beliau di BNM, termasuk Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Perbankan Islam dan Takaful, Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan serta Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan.

Encik Aznan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan, di mana beliau bertanggungjawab merangka strategi dan dasar pengawalseliaan bagi memudahkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar di Danamodal Nasional Berhad, syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan untuk mempermodalkan semula institusi kewangan yang bermasalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997.

Lembaga Pengarah

Encik Imri Dolhadi Ab Wahab

Pengarah silih ganti kepada Datuk Johan Mahmood Merican
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
April 2025
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Kewangan Islam, Universiti INCEIF, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, Lancaster University, United Kingdom
  • Diploma Baccalaureate Antarabangsa, Kolej MARA, Malaysia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Encik Imri merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Bahagian Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berkhidmat lebih daripada 22 tahun dalam pelbagai jabatan dan bahagian dalam Kerajaan termasuk Seksyen Hutang dan Risiko, Unit Pengurusan Tunai dan Kecairan, Seksyen Penilaian Pelaburan, Bahagian Pelaburan Strategik serta Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa.

Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad.