Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
  • Umum
  • Rujukan Penting
Bahasa Melayu
  • English
  • Bahasa Melayu
Umum
Rujukan Penting
Utama
  • Perlindungan PIDM Bagi Konsumer Kewangan
  • Mandat
  • Tadbir Urus
  • Barisan Kepimpinan Kami
  • Struktur Organisasi
  • Kerjaya
  • Program Biasiswa Sarjana Muda
  • Pemberian Maklumat
  • Sistem Perlindungan Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
  • Kesedaran Penipuan Kewangan
  • Kupasan
  • Siaran Media
  • Penerbitan Korporat
  • Laporan
  • Iklan Video
  • Iklan Bercetak
  • Iklan Radio
  • Video Pendidikan
Hubungi Kami
  • Tentang PIDM
  • Sistem Insurans Deposit
  • Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2024
Sedia Payung Kewangan
Utama
Resolusi
Perundangan
Kertas Perundingan
  • Bahan Maklumat Insurans Deposit
  • Bahan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful
  • Panduan Maklumat untuk Ahli Pengambil Deposit
  • Sumber
  • Log Masuk
Ulang tahun ke 20
Laporan Tahunan 2024
Sedia Payung Kewangan
  1. Utama
  2. my
  3. general
  4. about-pidm
  5. meet-our-people
  6. corporate-officers

Barisan Kepimpinan Kami

Pegawai-Pegawai Korporat
  • Lembaga Pengarah
  • Pengurusan Eksekutif
  • Pegawai-Pegawai Korporat

Lim Lee Na

Setiausaha Korporat dan Kaunsel Am

Zufar Suleiman Abu Bakar

Ketua Pegawai Risiko

Alex Lesley Balagurusamy

Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus

Chua Ee Leen

Ketua Juruaudit Dalaman
Follow Us

© Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2025. All Rights Reserved.

Search

Pegawai-Pegawai Korporat

Lim Lee Na

Setiausaha Korporat dan Kaunsel Am
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Jun 2014
Kelayakan:
  • Setiausaha Bertauliah dan Felo, Governance Institute of Australia
  • Diploma Siswazah Tadbir Urus Korporat Gunaan, Governance Institute of Australia, Australia
  • Diterima masuk sebagai ahli Majlis Peguam Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Perakaunan, Australian National University, Australia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Australian National University, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Lim Lee Na menyediakan khidmat sekretariat kepada Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah. Beliau juga menyokong Lembaga Pengarah dalam membangunkan dan mengekalkan amalan tadbir urus yang baik melalui penyelidikan dan nasihat. Lee Na menyertai PIDM pada tahun 2007 sebagai Penasihat Undang-undang Kanan dan telah menerajui pembangunan Sistem Pendaftaran Produk untuk mengautomasikan proses semakan dan penilaian status kebolehinsuran produk deposit yang ditawarkan oleh bank ahli, serta program PIDM untuk memantau pematuhan bank-bank ahli terhadap peraturan PIDM.

Lee Na diterima masuk sebagai ahli Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1991. Sejak itu, beliau telah mengumpul lebih 30 tahun pengalaman gabungan, terutamanya dalam industri perbankan dan amalan guaman. Beliau pernah berkhidmat dengan Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Southern Bank Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Tetuan Jeff Leong, Poon & Wong. Beliau juga pernah bertugas sebagai editor undang-undang di Reed Elsevier.

Pegawai-Pegawai Korporat

Zufar Suleiman Abu Bakar

Ketua Pegawai Risiko
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Januari 2018
Kelayakan:
  • Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Ahli Bertauliah, Institut Juruaudit Dalaman Malaysia
  • Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Risiko Korporat dan Pengurusan Keselamatan, University of Southampton, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Bioproses, University of Bath, United Kingdom
Skills, Experience and Expertise:
Zufar Suleiman Abu Bakar bertanggungjawab terhadap fungsi Pengurusan Risiko Perusahaan dan fungsi Kesinambungan Perniagaan PIDM dan menyokong Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan pihak Pengurusan dalam memastikan risiko PIDM dikenal pasti, dinilai, diurus, dipantau dan dilaporkan secara konsisten dan berterusan. Zufar menyertai PIDM pada tahun 2013 sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Audit dan Perkhidmatan Perundingan.

Zufar memulakan kerjayanya di Bahagian Nasihat Ernst & Young, Kuala Lumpur. Selepas lapan tahun, beliau menyertai Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) untuk menubuhkan dan mengetuai Jabatan Pengurusan Risiko Organisasi dan Jabatan Audit Dalaman. Beliau telah memperoleh pengalaman luas dalam bidang pengauditan dalaman dan operasi, pengurusan risiko organisasi, kajian semula jaminan kualiti, pengurusan program serta dokumentasi kawalan dalaman dan kajian semula yang melibatkan Akta Sarbanes-Oxley.

Pegawai-Pegawai Korporat

Alex Lesley Balagurusamy

Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Februari 2022
Kelayakan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Anglia Ruskin, United Kingdom
  • Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Alex Lesley Balagurusamy bertanggungjawab melaksanakan amalan tadbir urus terbaik dalam PIDM, dan memastikan pembentukan etika dan integriti budaya PIDM. Tanggungjawab utama beliau adalah untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan integriti dan etika dalam kalangan pekerja, menyelia dan melaksanakan kod dan dasar berkaitan tingkah laku, dan memastikan Program Pematuhan korporat sentiasa berkesan, teguh dan dilaksanakan tepat pada masanya.
 
Alex menyertai PIDM pada tahun 2009 sebagai Pengurus, Intervensi dan Resolusi Kegagalan, dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Kanan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Undang-undang, dan bertanggungjawab untuk pelbagai perkhidmatan undang-undang termasuk penyediaan nasihat undang-undang, penggubalan dan semakan kontrak serta penyenggaraan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.
 
Alex memulakan kerjayanya dalam amalan insolvensi korporat dengan RSM Nelson Wheeler Teo Corporate Advisory Services yang mana Alex membuat pengkhususan dalam bidang penerimaan yang dilantik oleh pemegang debenture (debenture-appointed receivership) dan pembubaran wajib.
 
Sebelum menyertai PIDM, Alex berkhidmat di Malaysia Debt Ventures Berhad, dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan merangka strategi pemulihan keluar bagi pinjaman tidak berbayar dan tertunggak.

Pegawai-Pegawai Korporat

Chua Ee Leen

Ketua Juruaudit Dalaman
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:
Disember 2024
Kelayakan:
  • Akauntan Bertauliah (CPA) Australia
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan dan Kewangan, Curtin University of Technology, Australia
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:
Chua Ee Leen bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan jaminan dan nasihat untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi PIDM, kebolehpercayaan dan integriti pelaporan kewangan, serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyemak, menyelenggara dan melaporkan terhadap rangka kerja Kawalan Dalaman PIDM.
 
Ee Leen memulakan kerjayanya di PIDM pada tahun 2007 di Bahagian Pengurusan Risiko Perusahaan, di mana beliau membantu dalam pelaksanaan fungsi rangka kerja ERM PIDM. Beliau kemudiannya berpindah ke Bahagian Perancangan Strategik, dan bertanggungjawab melaksanakan proses perancangan strategik PIDM serta membantu membangunkan pelan strategik dan kewangan. Beliau juga bertanggungjawab memantau dan melaporkan prestasi berbanding pelan dan bajet yang diluluskan, serta terlibat dalam pengurusan projek bagi inisiatif korporat utama.
 
Sebelum berpindah ke Jabatan Audit dan Perkhidmatan Perundingan, Ee Leen berkhidmat di Jabatan Kawalan Belanjawan dan Perolehan, di mana beliau bertanggungjawab membangunkan pelan kewangan serta memantau dan melaporkan prestasinya. Beliau juga memberi nasihat berkaitan perolehan dan menguruskan proses perolehan.
 
Sebelum menyertai PIDM, Ee Leen telah mengumpul lebih tujuh tahun pengalaman profesional di Ernst & Young Kuala Lumpur, di mana beliau terlibat dalam bidang audit, pengurusan risiko serta pembangunan dasar dan prosedur. Portfolio beliau merangkumi penempatan sementara di sebuah kumpulan global syarikat tenaga dan petrokimia. Pengalaman audit beliau merangkumi audit dalaman dan luaran, semakan pematuhan bebas di bawah Akta Sarbanes-Oxley, serta penilaian berkaitan pensijilan.